Casemiro berharap Brazil akan memperoleh satu lagi kemenangan besar ke atas Peru dalam final Copa America awal pagi esok, namun mengakui ia sukar untuk berlaku.
Pemain tengah Real Madrid itu menjaringkan gol kemenangan di Arena Corinthians ketika skuad kendalian Tite itu membelasah Peru 5-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, 23 Jun lalu.
Kemenangan itu merupakan yang ke-31 buat Brazil daripada 44 pertemuan dengan Peru dalam kesemua kejohanan selain yang ke-13 daripada 17 perlawanan di laman sendiri.
Skuad kendalian Ricardo Gareca itu turut gagal menghasilkan sebarang gol dalam empat perlawanan terakhir di gelanggang Selecao.
Namun, Peru juga merupakan pasukan terakhir menewaskan Brazil di laman sendiri dalam saingan Copa America, iaitu dalam separuh akhir edisi 1975 di mana mereka menang 3-1 di Belo Horizonte.
Casemiro, yang memenangi dua trofi bersama skuad B-20 Brazil walaupun masih menantikan kejuaraan di peringkat senior, tidak mahu memandang rendah lawan itu, yang menewaskan Chile 3-0 dalam separuh akhir.
"Saya pernah bermain dalam final yang lain, saya fikir ini final pertama saya dengan Brazil," katanya seperti yang dipetik Globoesporte.
"Final bukan untuk dimainkan tetapi untuk dimenangi.
"Kami bercakap tentang kemenangan yang akan tiba walaupun dengan rasa hormat terhadap lawan.
"Mereka menyingkirkan dua pasukan besar, Uruguay dan Chile. Kami tidak boleh melupakan perkara itu.
"Mereka akan dihormati keseluruhan pemain kami.
"Kami tidak boleh menjangkakan kemenangan besar.
"Saya berharap ia akan berlaku, namun kami tahu ia sukar," katanya.
Dewan Pelancongan Peru menjangkakan seramai 30,000 warganya akan berkunjung ke Rio de Janeiro untuk menyaksikan final itu walaupun hanya 5,000 dijangka akan berada di dalam Stadium Maracana.
Skrin besar juga akan menayangkan perlawanan itu di Peru, yang memburu kejuaraan pertamanya sejak 1975.
Edison Flores dijangka akan cergas sepenuhnya selepas pulih daripada kecederaan, namun harapan negara itu akan digalas Paolo Guerrero untuk memimpin pasukan dalam penampilannya yang ke-100 itu.
"Saya sangat menghormati Brazil. Saya gembira untuk menghadapi perlawanan akhir dengan Brazil, sebuah negara yang amat disegani," katanya kepada Sport TV.
"Mereka akan memberikan segala-galanya untuk memenangi kejuaraan itu, jadi ia akan menjadi perlawanan yang amat sukar."