Skip to main content

Bola Sepak

Carrasco tersenarai dalam rombongan ke Bernabeu

yannick-020517.jpg
Yannick Carrasco membuat kejutan apabila tersenarai dalam skuad Atletico Madrid untuk menghadapi perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang musuh setempat, Real Madrid.

Pemain sayap Belgium itu mengalami kecederaan bahu dalam kekalahan 1-0 Atletico kepada Villarreal pada 25 April lalu, dan dia tidak pernah dijangka kembali untuk kunjungan ke Santiago Bernabeu, awal pagi esok. 

Namun, pemain berusia 23 tahun itu disahkan cergas untuk memberi khabar positif buat Diego Simeone, selepas kehilangan pemain pertahanan, Jose Gimenez, Sime Vrsaljko dan Juanfran, akibat kecederaan. 

Tidak ada kejutan dalam pengumuman skuad Real Madrid, dengan Raphael Varane dijangka kembali susulan masalah hamstring.

Pemain tengah Atleti, Gabi, berkata pasukannya perlu mempamerkan perlawanan "sempurna" untuk mengalahkan Madrid, selepas tewas kepada musuh setempat itu dalam perlawanan akhir 2014 dan 2016.

"Kami perlu mengawal emosi dengan baik dan menampilkan perlawanan yang sempurna untuk cuba mengalahkan Real Madrid," kata Gabi dalam sidang media menjelang pertemuan itu, semalam.

"Dalam perlawanan seimbang seperti ini, setiap perincian apa jua kejayaan ke atas pintu gol lawan akan menjadi penentu."




 

Advertisement

Must Watch Video