CARDIFF CITY 1 BURNLEY 2
Cardiff City terpaksa membayar harga tinggi selepas mensia-siakan deretan peluang di depan gol apabila mengalami kekalahan keempat berturut-turut setelah tewas 2-1 di tangan Burnley di laman sendiri, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Neil Warnock itu turun berbekalkan rekod buruk selepas tunduk di tangan Arsenal, Chelsea serta Manchester City dan walaupun menampilkan aksi bertenaga, ketumpulan di depan gawang lawan menyebabkan mereka terpaksa berputih mata.
Cardiff bermula garang sepanjang babak pertama perlawanan tetapi dikejutkan dengan gol pembukaan lawan menerusi tandukan Johann Gudmundsson selepas rehat.
Tuan rumah tetap fokus dan akhirnya menyamakan kedudukan daripada gerakan menarik yang disudahkan oleh Josh Murphy, namun Burnley bangkit untuk memberikan satu lagi kekalahan buat Cardiff menerusi jaringan Sam Vokes tatkala aksi berbaki 20 minit.
Walaupun melalui aksi buruk sebelum ini, Cardiff memulakan saingan di depan penyokong sendiri dengan bertenaga, menyaksikan hantaran Callum Paterson hanya melintasi pintu gol pelawat tatkala Murphy gagal menyudahkannya.
Bekas pemain skuad belia Norwich City itu sekali lagi berpeluang membuka tirai jaringan pada minit ke-17, berbalas hantaran dengan Greg Cunningham sebelum bola percubaannya dari sudut sukar sekadar singgah ke palang gol.
Burnley terus diasak bertubi-tubi apabila percubaan Kenneth Zohore memaksa Joe Hart melayangkan badan sebelum tandukan jarak dekat Paterson dikeluarkan di atas garisan gol oleh Matej Vydra.
Pasukan bimbingan Sean Dyche itu meletakkan diri di depan selepas lima minit aksi bersambung dalam babak kedua apabila Gudmundsson melepasi halangan Cunningham untuk menewaskan Neil Etheridge menerusi tandukan.
Namun, sembilan minit kemudian, Cardiff kembali mengikat kedudukan apabila gerakan menarik yang dicipta Bruno Ecuele Manga membolehkannya melakukan hantaran buat Murphy untuk mudah disempurnakan dari jarak 16 ela.
Bagaimanapun, kedudukan 1-1 tidak kekal lama selepas tandukan Vokes ke bahagian kanan gol setelah menerima hantaran Gudmundsson membolehkan Burnley pulang dengan tiga mata.