Skip to main content

Bola Sepak

Cagliari terlepas hukuman ejekan perkauman terhadap Kean

kean.jpg
Cagliari terlepas bebas sebarang hukuman selepas pemain Juventus, Moise Kean, diserang ejekan berbaur perkauman ketika pertembungan Serie A, demikian Lega Serie A mengesahkan.

Kean meraikan jaringannya dengan mendepangkan tangannya di depan penyokong tuan rumah di Arena Sardegna ketika meraih kemenangan 2-0, bulan lalu.

Pemain berumur 19 tahun itu kemudian menyiarkan imejnya meraikan jaringan tersebut di Instagramnya dengan kapsyen: "Cara terbaik untuk bertindak balas terhadap isu perkauman."

Pertahanan Juve, Leonardo Bonucci, dikritik hebat kerana melabel penyerang Itali itulah yang mengundang kemarahan penyokong sementara pengerusi Cagliari, Tommaso Giulini, menafikan berlakunya ejekan berbaur perkauman. 

Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) mendedahkan kes itu sedang disiasat tetapi semalam, Lega Serie A, mengumumkan kes itu telah diselesaikan. 

Pengumuman tersebut dikutuk oleh kumpulan kempen anti-diskriminasi yang berpangkalan di UK, Kick It Out.

"Memalukan, menyedihkan, mengaibkan," tulis Kick It Out di Twitter sebagai tindak balas kepada berita itu.

"Sikap perkauman tidak akan ditendang keluar daripada bola sepak apabila keputusan seperti ini terus berlaku -- FIGC harus menggantung diri mereka dengan perasaan malu."

Sebaliknya, Kean yang merupakan salah seorang pemain muda terbaik Itali, diperintahkan supaya membayar denda €2,000 (RM9,351) atas tindakannya ketika bertemu Cagliari itu.
 

Advertisement

Must Watch Video