Skip to main content

Bola Sepak

Caballero terima ancaman bunuh

willy-caballero.jpg
Federico Fazio tampil memberikan sokongan kepada rakan senegaranya, Willy Caballero, selepas penjaga gol itu menerima ancaman dalam talian selepas tewas kepada Croatia, 22 Jun lalu.

Kesilapan Caballero memberikan gol sulung Croatia untuk meraih kemenangan 3-0, dengan Ante Rebic mengambil kesempatan menghukumnya dengan jaringan untuk mematahkan semangat La Albiceleste dalam perlawanan tersebut.

Argentina berada di ambang penyingkiran di atas kekalahan tersebut tetapi berjaya lolos apabila merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Nigeria, kelmarin, untuk mara ke pusingan kalah mati.

Kemenagan ke atas Nigeria hadir apabila Franco Armani mengisi kekosongan yang ditinggalkan Caballero, yang kerap kali berkongsi ancaman bunuh terhadap dirinya dan keluarga selepas perlawanan berdepan Croatia itu.

Dalam sidang media semalam, Fazio dan Giovani Lo Celso memberikan sokongan kepada Caballero.

"Bola sepak penuh dengan kesilapan, terutama sekali sebagai penjaga gol," kata Fazio.

"Tanpa kesilapan, setiap perlawanan akan kekal 0-0. Ia akan menjadi bosan, seperti melihat 11 robot berdepan 11 robot. Bola sepak tidak berfungsi sebegitu dan kami sudah biasa dengan perkara ini.

"Terdapat orang yang faham dan tidak memahaminya. Kami memberikan sokongan kepada Caballero kerana kami sangat rapat dan kami saling bantu-membantu.

Lo Celso pula berkata, "Caballero memiliki sokongan kami. Tiada siapa yang suka kepada ancaman seperti ini, kemenangan ke atas Nigeria melegakan hatinya.

"Sasaran utama adalah mara ke pusingan kalah mati. Ia adalah sasaran kami dan seluruh pasukan menyokong Caballero," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video