Andres Iniesta mempunyai motivasi tambahan untuk bersara sebagai pemain terbaik dalam Piala Dunia terakhirnya, kata rakan sepasukan Sepanyol dan Barcelona, Sergio Busquets.
Iniesta tidak akan dilupakan sebagai pemain penting membantu kejayaan Sepanyol dalam Piala Dunia 2010 dengan menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan ketika menentang Belanda dalam final di Johannesburg.
Juara bertahan itu gagal melepasi peringkat kumpulan dalam temasya Brazil 2014, memberi maksud salah seorang pemain terhebat dalam generasi ini yang mempunyai satu lagi peluang untuk mencari kejayaan antarabangsa sebelum memulakan episod seterusnya dalam kerjayanya bersama kelab Liga J, Vissel Kobe.
Jurulatih, Fernando Hierro, memilih Iniesta untuk memulakan perlawanan dalam kedua-dua aksi setakat ini di Russia 2018 -- ketika seri 3-3 dengan Portugal dan menang 1-0 berdepan Iran.
"Saya fikir dia melakukannya dengan baik. Ini adalah Piala Dunianya yang terakhir dan saya fikir ia menjadikannya lebih bercita-cita," kata Busquets menjelang perlawanan terakhir Kumpulan B bertemu Maghribi di Kaliningrad, awal pagi nanti.
"Andres Iniesta akan bersedia sepenuhnya setiap kali jurulatih memutuskan untuk membariskannya kerana kami tahu kualitinya dan jenis individu sepertinya," katanya.
Corak hantaran terkenal Sepanyol masih kekal tetapi kehadiran Diego Costa di bahagian serangan tengah menambah dimensi tambahan untuk permainan mereka -- ia dialu-alukan pemain lama yang berkhidmat, Busquets.
Costa yang menjadi pemain kegemaran Atletico Madrid mengumpul tiga gol daripada dua perlawanan Sepanyol dalam kejohanan ini.
"Pertama sekali, tiada pemain yang sama dan tiada lawan yang sama," tambah Busquets. "Menentang Portugal, kami boleh bermain gaya itu tetapi bertemu Iran, kami tidak boleh menggunakan peralihan cepat seperti itu.
"Apa yang baik menggunakan pemain yang berbeza adalah kami boleh menyesuaikan diri dengan situasi berbeza," ujarnya lagi.