Sergio Busquets memohon maaf kepada penyokong Barcelona di atas kekalahan 4-0 kepada Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Juara LaLiga itu merupakan pilihan untuk melangkah ke final di Madrid selepas memenangi aksi pertama 3-0 minggu lalu sebelum rebah di Anfield.
Divock Origi dan Georginio Wijnaldum masing-masing meledak dua gol untuk mengatasi skuad kendalian Ernesto Valverde itu, sekali gus mengingatkan semula kekalahan 3-0 kepada Roma musim lalu selepas mendahului 4-1.
Bercakap kepada Movistar, Busquets berkata, "Mereka bermain lebih baik daripada kami. Saya memohon maaf.
"Selepas apa yang berlaku di Rome, ia berlaku sekali lagi. Sukar untuk menerima kekalahan selepas mendahului dengan tiga jaringan dalam perlawanan pertama.
"Liverpool lebih bijak dan pantas berbanding kami. Saya berasakan hari ini bukan hari kami."