Skip to main content

Bola Sepak

Bundesliga: Harry Kane mula merobek gol bersama Bayern Munich

kane.jpg
BREMEN 0 BAYERN 4

Harry Kane mula menghasilkan gol dan mencipta bantuan jaringan buat Bayern dalam penampilan sulung Bundesliga membabitkannya ketika membelasah Werder Bremen, awal pagi tadi. 


Keupayaan pembelian termahal gergasi Jerman itu terpancar di Weserstadion apabila anak buah Thomas Tuchel tersebut mencetak tiga mata bagi memulakan misi mempertahankan gelaran liga.

Kane memanfaatkan umpanan Leroy Sane dengan penyudah kaki kanannya selepas empat minit sepak mula untuk memberikan juara itu bertahan kelebihan 1-0.

"Dia mempunyai pengaruh yang berterusan," kata bekas pengurus Chelsea itu.

"Dia sangat bijak. Dia tahu apa yang perlu dilakukan dengan tepat.

 
“Dalam latihan, gaya dan cara dia melakukan sesuatu di atas padang selain keinginan dalam latihan menunjukkan betapa seronoknya dia dengan kualiti yang dia ada, ia benar-benar terbaik, dia mengagumkan.”

“Dia menjadikan setiap pemain di sekelilingnya lebih baik atas kepekaannya."


 

Advertisement

Must Watch Video