Skip to main content

Bola Sepak

Bukan sekadar datang latihan, Fergus Tierney idam jadi penyerang utama Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tierney.jpg
Penyerang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Fergus Tierney, menyahut cabaran untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan, biarpun berdepan saingan hebat daripada pemain daripada posisi sama.

Pemain berusia 22 tahun itu akur perlu berdepan nama-nama besar seperti Paulo Josue, Haqimi Azim Rosli dan Romel Morales demi menawan hati ketua jurulatih, Peter Cklamovski, untuk menurunkannya selaku tonggak utama.

Dalam perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain pinjaman daripada kelab Thailand, Nakhon Pathom United, itu enggan menjadi penumpang dalam panggilan Harimau Malaya kali ini.

"Saya memasang impian untuk bermain, bukan sekadar menjalani latihan. 

"Saya akan buat yang terbaik ketika sesi latihan. Saya juga mahu menunjukkan kualiti dan kerja keras kepada barisan kejurulatihan," katanya di Nadi Arena.

 

Berbekalkan pengalaman berkelana di liga asing, Tierney mahu menonjolkan bakat seperti yang dilakukannya ketika menjadi bintang Harimau Malaya dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, tahun lalu. 

"Baru balik dari Thailand dan menjaringkan beberapa gol. 

"Saya ada keyakinan untuk menawarkan kelebihan yang saya miliki," katanya lagi. 

Dua perlawanan persahabatan menentang Cape Verde menjadi ujian terbaik ekoran negara itu di kedudukan ke-72 dunia, sebelum misi wajib menang bertemu Vietnam dalam Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) 10 Jun ini. 

"Ini adalah satu peluang bagus untuk Harimau Malaya untuk melihat tahap sebenar kita.

"Malaysia sangat sukar menang menentang Vietnam. 

"Saya harap kali ini kita mampu mendapatkan kemenangan di tempat sendiri," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video