Perlawanan penutup tirai saingan Liga Super musim ini menjadi detik penentu Negeri Sembilan mengecapi aspirasi mengesahkan slot ke Piala AFC 2023.
Laungan keyakinan itu disuarakan penggempur utama skuad Hobin Jang Hobin, Gustavo Almeida, yang sedang berada di kemuncak prestasi.
Menerusi perkongsian bersama wartawan Astrp Arena, Karl Nunis, penyerang dari Brazil yang meledak 11 gol bersama pasukan di tempat keempat itu sudah mula mengkaji kelemahan pasukan Sri Pahang hasil risikan, Herold Goulon dan Matheus Alves yang merupakan bekas tonggak Tok Gajah.
Siapa sangka, pendatang baru Liga Super itu berada di posisi terbaik untuk mengesahkan tempat di pentas Asia musim hadapan walaupun peluang mendapatkan slot berkenaan bergantung kepada keputusan pertemuan di antara Sabah dan Terengganu.
Apa jua situasi skuad kendalian K. Devan tersebut harus merekodkan kemenangan terlebih dahulu sebelum memikirkan sebarang kebarangkalian dan atas faktor itu, dan jentera serangan yang diketuai Almeida berasakan ini merupakan masa terbaik untuk membalas kepercayaan terhadapnya.
"Ya, saya ada mendapatkan maklumat daripada Goulon dan Alves, ia boleh membantu saya.
"Bukan mudah untuk berdepan Sri Pahang, tambahan pula mereka bermain di tempat sendiri.
"Tapi saya juga sempat menonton rakaman perlawanan membabitkan Sri Pahang.
"Apa pun tiada perlawanan yang mudah, kami tidak akan berputus asa.
"Saya harap dapat mencari kemenangan dan layak ke Piala AFC," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.