Thomas Tuchel secara terbuka mengakui bahawa dia sudah tidak tahu bagaimana cara untuk meningkatkan prestasi Romelu Lukaku selepas penyerang itu beraksi 'senyap' sepanjang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Crystal Palace hujung minggu lalu.
Jaringan saat-saat akhir Hakim Ziyech memastikan kemenangan 1-0 Chelsea di Selhurst Park tetapi tumpuan dalam perlawanan itu lebih terarah kepada persembahan Lukaku.
Pemain kebangsaan Belgium itu hanya dapat menyentuh bola sebanyak tujuh kali sepanjang perlawanan itu -- rekod tersendah dalam satu perlawanan EPL untuk tempoh 90 minit atau lebih sejak data berkenaan dikumpulkan Opta (2003-04).
Lebih membingungkan, hanya dua daripadanya dilakukan dalam babak pertama dan salah satu daripadanya adalah sepak mula perlawanan.

Chelsea kini mengalihkan tumpuan bagi perlawanan menentang Lille dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi esok tetapi prestasi Lukaku kelihatan akan sekali lagi menjadi tumpuan dalam perlawanan itu.
Ditanya bagaimana cara untuk memastikan Lukaku lebih memberikan sumbangan kepada pasukannya, Tuchel berkata: "Apa yang boleh saya lakukan? Saya tidak tahu.
"Kami perlu menanganinya. Datanya ada di luar sana dan datanya sudah menjawab segalanya. Dia tidak dapat memberikan sumbangan dalam perlawanan kami, adakala ia seperti itu.
"Ia sudah pasti bukan apa yang kami mahukan atau Romelu mahukan tetapi ini bukanlah masanya untuk mentertawakannya dan mempersendakannya," katanya.

7 - Romelu Lukaku had just seven touches against Crystal Palace, the fewest in a single Premier League game for a player with 90+ minutes played since this data is available in full for the competition (2003-04). One of those touches was from kick-off in the first half. Quiet.
— OptaJoe (@OptaJoe) February 19, 2022