Thomas Tuchel akan mengetepikan Gianluigi Buffon daripada barisan Paris Saint-Germain (PSG) dalam dua aksi Ligue 1.
Penjaga gol veteran itu menandatangani kontrak selama satu tahun pada Julai lalu selepas meninggalkan Juventus dan melakukan penampilan dalam aksi liga bersama PSG dengan kemenangan ke atas Caen dan Guingamp.
Buffon, yang turun beraksi dalam Trophee des Champions menewaskan Monaco, akan memberi ruang kepada Alphonse Areola untuk aksi di laman sendiri berdepan Angers dan Nimes.
"Areola akan beraksi berdepan Angers dan Nimes. Kami akan melihat perkembangan selepas perlawanan itu," kata Tuchel.
"Areola perlu turun beraksi kerana kali terakhir dia diturunkan ialah pada bulan Mei.
"Buffon mengharungi tiga perlawanan yang amat menakjubkan. Saya tidak mahu merehatkannya.
"Saya tidak gemar untuk melakukan keputusan jangka panjang. Ia adalah penting buat Areola untuk menyesuaikan diri bersama pasukan dan beraksi.
Sementara itu, Tuchel memberikan bayangan penyerang utama, Edinson Cavani, akan membuat penampilan pertama dalam aksi Ligue 1 bagi musim ini."
Bekas pengendali Borussia Dortmund itu perlu membuat keputusan yang tepat dalam memilih pemain seperti Neymar, Kylian Mbappe dan Angel Di Maria yang berhak diturunkan dalam kesebelasan utama.
"Kami memiliki empat penyerang utama. Setiap seorang memiliki kualiti yang tersendiri, bertaraf dunia.
"Saya tidak akan mengatakan jika Cavani akan beraksi atau Mbappe bermain dalam posisi mana. Cavani telah bekerja keras selama dua minggu dan kini berada di tahap terbaik.
"Mbappe telah beraksi di beberapa posisi dan akan diturunkan untuk aksi seterusnya."