Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Buffon bakal tinggalkan PSG

gianluigi-buffon_1.jpg
Penjaga gol veteran, Gianluigi Buffon, bakal meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas semusim di Parc des Princes.

Buffon menyertai kelab itu secara percuma Julai tahun lalu selepas menamatkan karier selama 17 tahun bersama Juve dan membantu PSG menjuarai Ligue 1.

Pemain berusia 41 itu tampil 17 kali dalam kesebelasan utama, dengan Alphonse Areola lebih kerap menjadi pilihan ketua jurulatih, Thomas Tuchel.

Buffon memberi bayangan dia akan kembali ke Itali selepas meninggalkan ibu negara Perancis itu dengan pemain tersebut dan kelab mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontraknya.

"Saya meninggalkan kelab ini dengan kenangan manis dan ia merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

"Hari ini, cabaran saya di luar Itali sudah berakhir. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pengerusi, Nasser Al-Khelaifi, seluruh kelab dan rakan sepasukan.

"Saya mengucapkan semoga berjaya pada masa akan datang.

"Ernest Hemingway menulis terdapt dua tempat di mana orang boleh hidup dengan gembira: rumah dan di Paris."

Pemain itu masih lagi belum menjelaskan hala tujunya sama ada mahu terus beraksi bersama kelab lain atau memilih untuk bersara.

Al-Khelaifi berkata Buffon akan dialu-alukan kembali tahun depan apabila PSG meraikan ulang tahun ke-50.

"Saya tidak akan dapat melupakan kebanggaan setiap orang di Paris Saint-Germain menyaksikan Gianluigi Buffon menyarung jersi kami.," katanya.

"Buat kali pertama dalam kariernya, Buffon telah mengambil keputusan berani meninggalkan Itali setelah berminat dengan cita-cita PSG dan projek kami.

"Sepanjang bersama pasukan, dia menghadirkan pengalaman luar biasa bersama-sama pemain lain.

"Kami sedia menerima kehadirannya semula tahun depan, bersama-sama dengan bekas pemain lain, untuk meraikan ulang tahun ke-50 kelab kami," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video