Skip to main content

Bola Sepak

Bruce yakin Longstaff akan kekal di Newcastle

longstaff.jpg
Pengurus Newcastle United, Steve Bruce, sangat yakin Sean Longstaff akan kekal di sebalik minat daripada Manchester United.

Longstaff, 21, yang menembusi skuad utama Newcastle musim lalu, membuat sembilan penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Disember dan Mac lalu sebelum ditimpa kecederaan lutut.

Pemain tengah berbakat berkenaan dikatakan menjadi sasaran utama untuk skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu berikutan beberapa siri persembahan yang memberangsangkan. 

Tawaran The Red Devils yang berharga £50 juta (RM256.9j) untuk seorang pemain berbakat yang cetek pengalaman, ditolak mentah-mentah oleh Newcastle walaupun United dilaporkan bersedia untuk terus menguji kelab itu.

Bruce, bagaimanapun, amat yakin Longstaff akan kekal di St James' Park untuk musim berikutnya.

"Kami tidak mahu menjual pemain muda terbaik, itu sudah pasti," kata Bruce kepada pemberita ketika majlis pengenalan Joelinton, semalam. 

"Ia tidak akan berlaku. Saya sangat yakin."

Advertisement

Must Watch Video