Skip to main content

Bola Sepak

‘Brilliant collaboration’ — SVG Worldwide sedia terima penangan jersi tiruan?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

svg.jpg
The Red Giants kembali menyarung warna hitam ikonik selepas kali terakhir menggunakan warna itu pada musim 2020.

Selangor FC dan penaja jersi utamanya, Joma menjalinkan kerjasama dengan jenama pakaian tempatan, SVG Worldwide, melancarkan jersi ketiga eksklusif berwarna hitam bagi menghadapi saingan musim 2025/2026.

Lebih menarik, jersi yang dijual dengan harga RM 249 itu hanya dicetak sebanyak 5000 unit sahaja menjadikan ia barangan ‘rare’ yang perlu didapatkan penyokong mahupun pengumpul tegar pasukan. 

Situasi ini juga membuka ruang buat peniaga tempatan mencetak jersi tiruan untuk dijual dengan harga yang lebih murah kalau nak dibandingkan dengan koleksi pakaian berkualiti tinggi itu sendiri. 

Kenapa saya berpendapat begini? Jersi keluaran SVG Worldwide ini mempunyai rekaan menarik dengan kombinasi warna hitam dan cetakan putih yang ringkas namun menonjol. 

Gaya minimalis yang dibawa menjadikan ia bukan sahaja sesuai dipakai ketika perlawanan, malah juga versatil untuk digayakan secara kasual atau sebagai sebahagian daripada ‘streetwear’.

Daripada segi penampilan, jersi ini memberikan imej yang premium dan eksklusif. Dengan reka bentuk yang kemas serta daya tarikan visual yang kuat, ia berpotensi menjadi pilihan ramai peminat dan pengumpul. Jadi tak dinafikan, populariti jenama SVG Worldwide sendiri, dan keunikannya juga boleh mendorong kepada kemunculan versi tiruan di pasaran.

Jersi ini juga bukan sekadar pakaian sukan semata-mata, tetapi juga berperanan sebagai satu ‘fashion statement’ yang mampu mengangkat imej pasukan serta jenama yang terlibat. Jadi, SVG Worldwide dah sedia dengan pesaing lain? 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video