BRIGHTON & HOVE ALBION 3 MANCHESTER UNITED 2
Manchester United mengalami kejutan dalam usaha untuk merebut gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini selepas tewas 3-2 di tangan Brighton and Hove Albion dalam aksi di Stadium Komuniti American Express, awal pagi tadi.
Jaringan dalam babak pertama oleh Glenn Murray, Shane Duffy dan Pascal Gros memberikan tuan rumah tiga kemenangan berturut-turut ke atas The Red Devils di laman sendiri, sekali gus menyamai pencapaian ketika 1982.
Romelu Lukaku meraih gol pertama musim ini sambil Paul Pogba menyempurnakan sepakan penalti dalam waktu kecederaan, namun Brighton jelas lebih layak untuk menikmati kemenangan tatkala anak-anak buah Jose Mourinho itu mempamerkan aksi buruk.
Brighton mengawal permainan dalam 30 minit pertama sehingga membolehkan mereka mengutip dua gol dalam tempoh 143 saat, selepas Murray menguis bola melepasi David De Gea sebelum Duffy menghukum kegagalan United mengeluarkan bola dari kawasan bahaya susulan sepakan sudut tuan rumah.
Lukaku yang terlepas peluang keemasan ketika kedudukan masih 0-0 memberikan harapan buat pasukannya menerusi tandukan yang menewaskan Matthew Ryan tetapi kesilapan pertahanan, Eric Bailly, yang menjatuhkan Gross membolehkan pemain dari Jerman itu kembali menjarakkan kedudukan ketika babak pertama berbaki seminit.
Tanpa Alexis Sanchez yang terlepas aksi akibat kecederaan, Mourinho membawa masuk Marcus Rashford dan Jesse Lingard selepas rehat, namun kehadiran dua pemain England itu gagal memberikan impak besar dan sepakan penalti Pogba ternyata terlalu lewat untuk mengubah nasib United.
Kekalahan itu bermakna Manchester City kini meraih kelebihan berbanding seteru utamanya, United, dalam perebutan kejuaraan liga selepas mereka membelasah Huddersfield Town 6-1 sebelum itu, sekali gus mengutip enam mata daripada dua perlawanan.