Thomas Frank berharap Ivan Toney akan kekal setia di Brentford buat selama-lamanya walaupun tidak menolak penyerang England itu mungkin akan berhijrah tidak lama lagi.
Arsenal dan Chelsea dikatakan sedia merebut khidmat Toney dalam perpindahan musim sejuk depan sebaik dia selesai menjalani penggantungan lapan bulan pada 17 Januari2024 kerana melanggar peraturan pertaruhan.
Brentford dinilai pada tanda harga £100 juta (RM585.2j) selepas meledak 20 gol musim lalu dan membuat penampilan sulung bersama England ketika menentang Ukraine dalam kelayakan Kejohanan Eropah pada Mac lalu.
Frank enggan mengesahkan khabar angin yang sedang berlegar, sebaliknya memuji sumbangan Toney sambil menegaskan pemain berusia 27 tahun itu -- yang kembali berlatih bulan lalu -- gembira sekiranya dapat kekal bersama Brentford.
Bercakap menjelang perlawanan Brentford menentang West Ham malam ini, Frank memberitahu sidang akhbar: “Saya mahu dia kekal. Ivan gembira untuk kekal.
“Dia gembira di kelab ini. Apa yang berlaku pada masa hadapan adalah mustahil untuk diramalkan.
“Dia pemain terbaik, salah seorang tonggak utama kami jika bukan sosok yang paling penting tahun lalu sekalipun. Mana-mana pemain yang boleh menjaringkan lebih 20 gol dalam Liga Perdana Inggeris adalah sangat-sangat penting.
“Ivan memiliki kemahiran daripada segi kebolehan penyudah menerusi kaki kiri dan kanannya, tandukan dan ketenangannya pada detik-detik getir.
"Malah, dia mampu menjadi penghubung serta membuatkan kehadirannya penting. Begitu juga dengan perwatakannya, ia adalah satu pakej yang sangat baik.
“Bukan (terserah) kepada saya untuk meletakkan tanda harganya, ia bergantung kepada kelab.
"Tetapi saya gembira dengannya, saya harap dia boleh beraksi di sini untuk selama-lamanya dan saya adalah jurulatihnya.”

The weekend is almost here, which means more Premier League action is coming your way!
— Stadium Astro ?? (@stadiumastro) November 3, 2023
Be sure to tune in to our pitchside coverage for Arsenal vs Newcastle & Tottenham vs Chelsea on Astro SuperSport!#AstroEPL #PremierLeague pic.twitter.com/X5NaG9nxyq