Skip to main content

Bola Sepak

Brendan Gan belum putus masa depan

brendan.jpg
Jeneral tengah Harimau Malaya, Brendan Gan, mengakui belum memutuskan masa depannya sama ada kekal beraksi dalam Liga Malaysia atau sebalik -- ketika difahamkan kontraknya tidak dilanjutkan Selangor.

Dalam temubual bersama Zulhelmi Zainal Azam di Doha, Qatar baru-baru ini, Brendan mengesahkan segala keputusan akan dibuat selepas tamat kempen skuad negara dalam Piala Asia Qatar.

Sebelum ini, Sri Pahang dan Sabah dikatakan berminat mendapatkan khidmat Brendan, namun, perkembangan terbaru difahamkan dua pasukan berkenaan gagal mencapai persetujuan menandatangani pemain berusia 36 tahun itu.

Situasi itu sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kedudukannya sama ada terus beraksi dalam Liga Malaysia atau berhijrah ke kelab negara lain.

Apa pun, Brendan tetap akan dikenang sebagai kapten terbilang Selangor andai benar berlaku perpisahan menerusi sumbangannya membantu pasukan ke pentas Asia menerusi gelaran naib juara Liga Super musim lalu.

Advertisement

Must Watch Video