Skip to main content

Bola Sepak

Bravo direhatkan sehingga musim hadapan

5617claudiobravo.jpg
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengesahkan penjaga gol, Claudio Bravo, bakal terlepas baki aksi musim ini selepas mengalami kecederaan betis.

Bravo merupakan antara empat pemain yang terlepas aksi dengan Crystal Palace, dengan Sergio Aguero, John Stones dan David Silva turut bakal terlepas aksi di Stadium Etihad.

Kapten pasukan kebangsaan Chile itu mengalami kecederaan tersebut ketika seri tanpa jaringan dengan Manchester United, manakala Aguero terpaksa direhatkan apabila mengalami kecederaan pangkal paha ketika seri 2-2 bertemu Middlesbrough.

"Aguero tidak dapat beraksi. Saya berharap dia akan kembali untuk aksi berdepan Leicester," kata Guardiola.

"Silva masih belum berada di tahap terbaik. Dia baru sahaja kembali menyertai pasukan menjalani sesi latihan.

"Stones dan Bravo tidak akan beraksi. Claudio terpaksa direhatkan sehingga musim hadapan dan John mungkin kembali beraksi dalam perlawanan akan datang."

Advertisement

Must Watch Video