Skip to main content

Bola Sepak

Bosz: Liga Juara-Juara tingkat peluang kekalkan Brandt, Havertz

havertzbrandt-cropped_1veh9ej00ia4ozymamyazaf2x.jpg
Pengendali Bayer Leverkusen, Peter Bosz, percaya peluang lebih besar untuk Julian Brandt dan Kai Havertz kekal bersama pasukan selepas mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Dua pemain berbakat itu dikaitkan dengan jalan keluar dari Bay Arena tatkala dua finalis Liga Juara-Juara, Liverpool dan Tottenham Hotspur, merupakan antara pasukan yang berminiat mendapatkan khidmat mereka.

Leverkusen mengesahkan kedudukan keempat dalam Bundesliga minggu lalu apabila menewaskan Hertha Berlin 5-1 sambil Borussia Monchengladbach tewas di tangan Borussia Dortmund.

"Ya, peluang lebih besar untuk pasukan mengekalkan mereka," kata Bosz.

"Saya tidak tahu. Havertz pasti akan kekal dan Brandt, kami harapkan dia bersama pasukan. Setiap pemain mahu beraksi di peringkat tertinggi dan kami berpeluang musim depan.

"Kami tidak sabar dengan cabaran itu. Bukan sahaja dalam Liga Juara-Juara tetapi Bundesliga.

"Sasaran kami musim depan mahu lebih baik berbanding musim ini. Jadi, kami perlu bekerja lebih keras serta harus lebih jelas apa yang kami mahu mainkan. Ia adalah pencapaian besar."

Havertz menjaringkan 20 gol dalam semua kejohanan di peringkat kelab musim ini dan Bosz menambah mengenai pemain muda itu:" Dia ternyata memiliki sesuatu yang istimewa. Dia baru berusia 19 tahun. Jarang dapat melihat persembahan sebegitu di peringkat umur tersebut.

"Dia beraksi dengan cemerlang dalam beberapa perlawanan. Namun, jelas sekali Havertz mempunyai sesuatu untuk dipelajrai walaupun dia sedar dia perlu meningkat.

"Pemain sepertinya perlu meningkat seperti musim ini, terutamanya dalam menghadirkan ancaman ke gawang.

"Di peringkat itu, dia menjaringkan hampir kesemua gol pembukaan penting tetapi Havertz juga perlu mengatasi kelemahan dalam karier. Sebagai contoh, dia tidak bermula baik dalam babak kedua musim ini.

"Apabila kami bercakap, dia mengingatkan saya terhadap Jerman baru. Dia mengakui agak kelam-kabut dalam beberapa situasi."

Advertisement

Must Watch Video