"Jika semangat ada, bukan satu piala kami bawa pulang, malah kedua-dua piala kami bawa pulang. Betul atau tidak?," demikian jeritan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dalam keyakinannya terhadap barisan terbaru skuad The Bos Gaurus (TBG) dalam majlis pelancaran jersi musim 2018 di Ipoh, semalam.
Dr Zambry dalam pada itu turut menjelaskan Perak akan kembali mempamerkan aksi yang mantap dengan ditunjangi semangat pemain dan juga penyokong setia Perak.
“Kami perlu membuktikan bahawa 'The Bos Gaurus will return'. Saya yakin dengan semangat yang ditunjukkan pemain, jurulatih dan pengurusan serta peminat setia bola sepak negeri Perak,” ujarnya.
Beliau juga berharap Perak akan kembali ke zaman kegemilangan seperti pada 2002 dan 2003.
“Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, marilah kita terus memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada pasukan kita. Semangat kena ada, kita 'never give up, keep it up'," katanya dalam nada gurauan dan menerima sorakan kuat lebih 5,000 peminat yang hadir.