Borussia Dortmund telah menandatangani Julian Brandt daripada Bayer Leverkusen menerusi yuran perpindahan yang dilaporkan bernilai EUR25 juta (RM116 juta).
Pemain tengah Jerman itu bersetuju dengan kontrak selama lima tahun bersama skuad kendalian Lucien Favre itu dan akan melengkapkan perpindahannya sebaik sahaja kedua-dua kelab melengkapkan maklumat proses.
"Walaupun Brandt telah beraksi dalam Bundesliga untuk tempoh lama dan berpengalaman di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dia masih muda dengan potensi untuk berkembang pada usia 23 tahun," kata Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc.
"Dia boleh digunakan di pelbagai posisi serangan dan memperkuatkan permainan kami menerusi kreativitinya."
Brandt dikaitkan dengan beberapa kelab Eropah selepas melalui musim hebat bersama Leverkusen di bawah kendalian bekas pengurus Dortmund, Peter Bosz.
Menjelaskan keputusannya untuk menyertai Dortmund, Brandt berkata: "Saya adalah orang yang membuat keputusan berdasarkan naluri dan perasaan bagus sangat penting.
"Mengenai Dortmund, saya berasa sangat bagus.
"Salah satu sebab utama untuk ke Dortmund adalah kerana mereka hampir meraih kejuaraan musim 2018-19, jadi akan ada ruang untuk berkembang.
"Saya sangat bermotivasi dan yakin mengenai pembangunan peribadi tetapi ia lebih terarah kepada seluruh pasukan."
Brandt menjadi watak utama buat Leverkusen sejak 2014, melakukan penampilan senior pertama dalam Bundesliga pada Februari tahun tersebut.
Bermula selaku pemain sayap, dia begitu cemerlang dalam beberapa musim terakhir selepas diletakkan di bahagian tengah oleh Bosz, menyumbat tujuh gol dan mencipta 11 bantuan jaringan untuk membantu Leverkusen meraih slot ke Liga Juara-Juara Eropah.