Jurulatih Jordan, Vital Borkelmans, mengakui perlawanan menentang Harimau Malaya malam esok cukup penting buat pasukannya sebelum berdepan Taiwan, Khamis depan.
Justeru, bekas tonggak Belgium itu menyuarakan kelegaannya berikutan barisan pemainnya berkesempatan untuk menyesuaikan diri lebih awal walaupun berlatih tanpa beberapa tonggak utama.
"Kami tidak seperti Real Madrid dan Barcelona yang berkunjung ke tempat lawan dengan kapal terbang kelas mewah.
"Pemain-pemain kami memerlukan masa selama dua hari untuk mendapatkan semula sentuhan terbaik dan saya sangat berpuas hati dengan persiapan kami selain dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di sini," katanya kepada pemberita menjelang aksi pemanas badan dengan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Skuad di ranking ke-99 itu dunia itu, yang bakal mempertaruhkan 'barisan kedua' bertemu Malaysia, sah akan beraksi tanpa ketua merangkap penjaga gol, Amer Shafi, selain pemain tengah, Musa Al-Tamaari, dan penyerang, Baha Faisal, ekoran terikat dengan komitmen bersama kelab masing-masing.
"Mereka akan bersama pasukan untuk perlawanan berdepan Taiwan manakala aksi bertemu Malaysia memberi peluang kepada saya untuk menurunkan pemain-pemain muda bagi membuktikan kemampuan mereka," kata bekas pemain pertahanan itu.