BOLA SEPAK
Boris Becker dipenjara lagi
Mahkamah Southwark Crown di London memutuskan bekas bintang tenis dunia, Boris Becker, dihukum penjara dua setengah tahun kerana melanggar undang-undang insolvensi United Kingdom (UK).
Juara grand slam enam kali itu menafikan bahawa dia telah melanggar Akta Insolvensi selepas dia diisytiharkan muflis pada 2017.
Becker, 54, berhutang kepada pemiutang hampir £50 juta (RM273.6j) ketika dia dilaporkan jatuh muflis. Bagaimanapun, dia kini didapati bersalah kerana menyembunyikan aset dan pinjaman bagi mengelak daripada membayar hutangnya.
Iklan
Warga Jerman itu dibebaskan daripada 20 pertuduhan tetapi didapati bersalah oleh juri atas empat pertuduhan awal bulan ini.
Becker pernah dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana mengelak cukai dan cuba mengelak cukai di Jerman pada 2002.
Must-Watch Video