Gustavo Poyet diberi jaminan bahawa tonggak yang menjadi buruan ramai, Malcom, tidak akan meninggalkan Bordeaux ketika dia belum lagi diumumkan sebagai ketua jurulatih baru kelab Ligue 1 itu.
Malcom semakin kerap dikaitkan dengan Arsenal dan Tottenham Hotspur biarpun Arsene Wenger pada minggu lalu menafikan akan membida pemain itu dalam jendela perpindahan bulan ini.
Pemain berusia 22 tahun dari Brazil itu mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya dengan menyatakan hasrat untuk bermain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) susulan kemenangan 1-0 Bordeaux ke atas Nantes, Sabtu lalu.
Begitupun, Poyet, yang diumumkan sebagai pengganti kepada Jocelyn Gourvennec yang dipecat hujung minggu lalu, memberitahu bahawa Malcom tidak akan ke mana-mana.
"Perkara pertama yang saya tanya adalah berkaitan masa depan Malcom, saya diberitahu ya," kata Poyet.
"Saya berkata baiklah sekarang barulah kita boleh melanjutkan perbincangan."
Presiden Bordeaux, Stephane Martin, mengesahkan kedudukan itu dan tidak mempunyai masalah dengan Malcom yang bertindak mengisytiharkan minat untuk bermain di England.
"Sudah saya katakan berulang kali, Malcom tidak akan pergi," kata Martin.
"Dia berkata mahu bermain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) beberapa hari lalu. Itu normal, pemain mana yang tidak mahu bermain di England?
"Tidak ada masalah mengenai Malcom," tegasnya.