Skip to main content

Bola Sepak

Bonucci: Terima kasih Roma

180517bonucci_1.jpg
Pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci, 'berterima kasih' kepada Roma kerana memberikan pengajaran berguna buat seluruh skuad Juventus.

Jelas Bonucci, setelah tewas kepada Roma tempoh hari, Juventus telah bangkit dan akhirnya berjaya menjulang kejuaraan Coppa Italia selepas menewaskan Lazio 2-0 semalam.

"Ketika separuh masa kedua menentang Roma, kami tidak begitu meyakinkan," kata Bonucci.

"Kami tahu ini adalah Juventus yang sebenar. Agak memeranjatkan apabila kami tidak bermain dengan baik menentang Roma, namun ia adalah peringatan berguna buat kami," jelasnya.

Dalam perlawanan menentang Lazio, penjaga gol, Neto, mengekalkan tempatnya di gawang Juventus dan berjaya menafikan beberapa percubaan berbahaya, terutama daripada penyerang, Ciro Immobile dan Sergej Milinkovic-Savic.

"Lazio memiliki jentera serangan yang bagus, jadi bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila mereka dapat menyerang tetapi kami bernasib baik mempunyai Neto yang sentiasa menyelamatkan setiap percubaan," kata Bonucci.

"Coppa Italia adalah tanda terima kasih buat semua. Ia memberikan peluang kepada semua pemain yang jarang meraih peluang untuk beraksi dan saya sangat berterima kasih kepada jurulatih dan kelab kerana menjadikan skuad Juventus semakin berkualiti pada musim ini," katanya.

Juventus bakal menjadi juara liga Serie A pada Ahad, jika menewaskan Crotone, dan berpeluang mencipta kejayaan 'treble' pada musim ini jika menewaskan Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara Eropah di Cardiff pada 4 Jun.

"Kami memiliki dua lagi final yang bakal menanti, pada Ahad dan juga di Cardiff," kata Bonucci.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video