Skip to main content

Bola Sepak

Bom Perang Dunia Kedua gempar pangkalan latihan Roma

roma.jpg
Roma mendedahkan skuad bom tentera Itali telah dipanggil ke pusat latihan mereka berikutan penemuan bom era Perang Dunia Kedua.

Penemuan yang mencemaskan di markas kelab itu, Trigoria, berlaku minggu ini dengan media tempatan melaporkan sekitar 20 bom telah dijumpai oleh seorang juruteknik yang memulakan langkah awal untuk membuka padang baru.

"Saya berada di sana untuk membina padang bola," kata juruteknik, yang tidak disebutkan namanya itu kepada polis, menurut surat khabar Il Messaggero.

"Saya tidak pernah membayangkan bahawa saya sendiri akan menggali lubang dengan jarak beberapa sentimeter lagi dari bom."

Dia, yang dilaporkan telah melihat 'beberapa kepingan besi keluar dari tanah', menambahkan: "Saya bukan pakar dalam peperangan tetapi saya fikir barangkali ia adalah bom dan disebabkan itu, saya meminta pertolongan. Saya khuatir."

 


Roma mengesahkan situasi cemas itu Sabtu lalu dengan menyatakan di Twitter: "Terima kasih banyak kepada tentera Itali dan pasukan bom mereka selepas berjaya keluar dengan selamat dengan sejumlah peralatan Perang Dunia Kedua dari pusat latihan kami di Trigoria minggu ini."

Kelab tersebut menerbitkan gambar yang menunjukkan sebaris bom kecil yang dibawa naik dari bawah tanah.

Il Messaggero melaporkan kesemua aktiviti di pangkalan latihan itu dihentikan sebaik penemuan itu dibuat. Tiga bom dikatakan telah dijumpai pada awalnya dan ahli bomba kemudian mengenal pastinya lalu memanggil pakar bom sebelum dapat memahami situasi itu dengan lebih terperinci.

Roma akan bertandang ke Napoli bagi perlawanan Serie A, awal pagi esok.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video