Skip to main content

Bola Sepak

Bolt: Sanchez perlu berhijrah ke United

10517boltsanchez.jpg
Penyokong Manchester United, Usain Bolt, telah memberitahu Jose Mourinho untuk mendapatkan bintang Arsenal, Alexis Sanchez, musim panas ini.

Kontrak Sanchez di Stadium Emirates bakal berakhir pada penghujung musim hadapan dan pemain kebangsaan Chile itu telah dilaporkan menangguhkan untuk memperbaharui kontraknya.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yakin bahawa Sanchez akan kekal bersama The Gunners tetapi terdapat laporan yang mencadangkan Bayern sedang mempersiapkan tawaran untuk mendapatkan pemain itu.

Tetapi legenda Olimpik, Bolt, berkata Sanchez harus terus menghentikan khidmatnya bersama Arsenal dan menyertai Manchester United pada musim hadapan.

"Saya mengetahui dia bermain untuk Arsenal, dia perlu meninggalkan kelab itu," kata Bolt.

"Dia mampu menjadi yang lebih baik (di United), Sanchez merupakan pemain yang memiliki kebolehan mengawal bola dan menghasilkan peluang untuk menjaringkan gol. Dia telah membuktikan dirinya selaku antara antara pemain terbaik dunia."

Advertisement

Must Watch Video