BOLA SEPAK
Bola sepak sukan yang bodoh -- Allegri
Ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, percaya "bola sepak sukan yang bodoh" ketika dia membincangkan taktikalnya dan mengesahkan keinginan untuk kekal di Turin untuk musim depan.
Allegri membimbing Juventus menjuarai gelaran Serie A yang kelapan berturut-turut musim ini -- Scudetto kelimanya sejak mengambil alih tugas daripada Antonio Conte.
Bekas pengendali AC Milan itu dikritik dan taktikalnya kerap dipersoal sepanjang musim ini, terutama sekali selepas Juve tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL).
Iklan
Membincangkan bola sepak dalam program Rai, 'Che Tempo Che Fa', Allegri berkata, "Saya tidak berbincang mengenai sistem taktikal, 3-5-2, 4-3-3 dan semua itu.
"Saya baru sahaja mengetahui bola sepak adalah sukan yang bodoh untuk orang yang bijak kerana perkara paling mudah turut sukar untuk dibuat dengan betul.
"Sebagai contoh, apabila seorang pemain melakukan hantaran sisi, tetapi ia sesuatu yang tidak mudah, ia adalah bola sepak. Di sebalik bermain secara mudah, sesetengah pemain memilih untuk melepasi beberapa barisan pemain lawan untuk membuktikan betapa berbakatnya mereka, itu bukan bola sepak.
Allegri – yang tidak mberancang untuk meninggalkan gergasi Itali itu -- mempertahankan taktikalnya selepas Juve seri 1-1 dengan Inter, Sabtu lalu.
Bekas pertahanan Inter, Daniele Adani, menyertai barisan pengendali Itali di Eropah yang memilih untuk bermain secara negatif dan pengulas bola sepak Sky Sport Italia itu menaikkan kemarahan Allegri.
"Di Itali, semua orang telah menjadi pakar teori bola sepak dan ia adalah satu masalah yang besar.
"Sekarang anda diam dan saya bercakap, anda tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak. Saya telah memenangi enam gelaran Scudetto," tegasnya.
Must-Watch Video