Skuad B-22 negara berdepan ranjau menjelang Sukan SEA Kemboja bulan depan apabila diundi dalam kumpulan sukar dalam Majlis undian di Phnom Penh sebentar tadi.

Ini selepas Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan, Vietnam, dan juara 16 kali, Thailand.

Melengkapi kumpulan berkenaan adalah dua lagi pasukan, iaitu Singapura dan Laos.

Saingan Kumpulan B pula akan menyaksikan tuan rumah, Kemboja, akan merebut dua tempat terbaik bersama Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor Leste.



Sementara itu, bagi saingan wanita, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Filipina, Myanmar dan Indonesia.

Kumpulan B pula diisi oleh Kemboja, Thailand, Singapura dan Laos.