MALAYSIA 2 CAMEROON 1
Muhammad Akeem Mikail muncul wira Deaf Tigers dengan meledak kedua-dua gol kemenangan ketika menutup kempen Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia dengan menundukkan Cameroon 2-1 di Stadium MBSJ, hari ini.
Faktor fizikal mengekang gerakan buat pasukan negara pada awal babak tetapi setelah meneliti corak permainan pihak lawan, dia mula menghidu ruang untuk menggempur kubu mereka.
Walaupun hajat bertemu dengan pasukan Eropah di peringkat lebih tinggi tidak tercapai, dia tetap berbangga dapat mengakhiri saingan dengan kemenangan untuk meletakkan skuad negara di kedudukan ke-17.
"Kami menggunakan hantaran pendek untuk menjaringkan gol.
"Selepas membaca taktik lawan maka kami mula dapat menjaringkan gol.
"Saa gembira dapat membantu kemenangan Malaysia," jelasnya dalam bahasa isyarat di Nadi Arena sebentar tadi.