Deaf Tigers bertekad melunaskan hajat ketika bertemu Mesir dalam ujian terakhir Kumpulan A, Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia, esok.
Skuad negara dalam motivasi rendah menjelang perlawanan ketiga esok tetapi ketua jurulatih, Haris Lajid, percaya anak buahnya mampu memperkemaskan semula rentak permainan mereka merujuk kepada aksi berkesan ketika bertemu Amerika Syarikat (AS).
"Saya tidak mengharapkan pencapaian tinggi tetapi saya mahu melihat semangat juang.
"Seperti ketika bertemu AS walaupun kena ketinggalan 0-3, mereka mahu bangkit dan walaupun kalah, kami berpuas hati apa yang ditunjukkan," katanya.
Bagaimanapun, ruang kemaraan buat negara terlalu tipis berikutan kekalahan 0-8 di tangan Jerman semalam, namun ia tidak bermaksud mimpi ngeri itu harus berulang.
Ia satu penghormatan besar untuk beraksi dengan pasukan terbaik dunia tetapi jika terlalu menghormati pihak lawan ia tidak akan beri sebarang kebaikan buat pasukan.
"Prestasi pemain negara ketika lawan AS bagus cuma dalam dalam perlawanan kedua, pemulihan pemain tidak begitu baik. Pemain tidak begitu tahu bagaimana untuk memulihkan diri.
"Mereka tidak tahu standard di tahap ini," katanya.
Shaiful Shamsudin
Tue Sep 26 2023
