Skip to main content

Bola Sepak

Bola Sepak Pekak Dunia: Deaf Tigers akhiri kempen dengan tangan kosong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haris-lajid.jpg
Hasrat Deaf Tigers untuk mengutip mata di Stadium UiTM, Shah Alam, tidak berlaku apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan 1-0 yang memihak Mesir sebentar tadi. 

Tapi prestasi yang ditampilkan dalam perlawanan terakhir Kumpulan A, Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia hari ini menampakkan perubahan yang ketara berbanding ketika dibelasah 0-8, Isnin lalu. 

Ternyata segala usaha dan motivasi menjelang sepak mula menjadi titik tolak untuk mengekalkan kedudukan hingga minit ke-77 memberi situasi panik kepada pasukan pelawat yang tidak menjangkakan Malaysia mampu mengekang keadaan getir ketika itu. 

Namun, Malaysia hakikatnya mencuri sebarang mata dalam kempen kali ini. 

"Pemain menunjukkan sesuatu di luar jangkaan. 




"Mereka membuktikan kepada saya bahawa mereka boleh beraksi. 

"Mereka mampu beri saingan kepada Mesir yang merupakan pencabar utama kali ini. 

"Sasaran saya adalah kejohanan tahun depan, (pasukan) ini dalam pembikinan," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video