Penyerang bola sepak pekak kebangsaan, Akeem Mikail, menganggap tubuh kecil bukanlah penghalang bagi dirinya memecahkan benteng pertahanan Cameroon esok.
Masih segar dengan kemenangan berdepan Thailand, pemain lincah itu turut berazam mencari gol awal sebagai pembakar semangat berdepan Cameroon di Stadium MBSJ dalam penentuan kedudukan ke-17 dan 18 Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia.
Biarpun sedar fizikal yang lebih besar dimiliki pertahanan lawan, namun pemain cilik ini sudah pun meneliti corak permainan mereka dalam beberapa perlawanan lalu.
"Saya akan dapatkan gol awal ketika bertemu Cameroon.
"Saya bertambah semangat selepas kemenangan (ke atas Thailand).
"Sebagai penyerang, saya yakin mampu mengatasi pemain lawan meskipun saya bertubuh kecil," katanya dalam persiapan akhir di MSN, Bukit Jalil, petang tadi.