Skip to main content

Bola Sepak

Boateng tertarik kembali ke Liga Super

george-boateng.jpg
Pasti ada sebab jika nama jurulatih yang kini mengendali skuad remaja Aston Villa, George Boateng, tidak menolak peluang kembali ke kancah Liga Malaysia (Liga-M).

Ketika dihubungi Nadi Arena hari ini, bekas tonggak Belanda itu tidak menafikan perkembangan itu sambil mengesahkan dia telah dihubungi ejen yang melibatkan pasukan itu.

Boateng, bagaimanapun, membiarkan perkembangan semasa tergantung atas alasan pasukan terbabit masih lagi memiliki jurulatih yang sedang berkhidmat.

Namun, bekas pengendali Kelantan itu sempat memberikan bayangan, iaitu kelab yang dimaksudkan kini antara tercorot Liga Super selain dari utara tanah air.





"Ada pasukan di Malaysia yang menduduki tangga 3-4 terbawah sementara beberapa pasukan pertengahan liga yang sedang mempertimbangkan kedudukan jurulatih masing-masing.

"Sebagai jurulatih juga, adalah tidak manis apabila ada orang bercakap tentang soal menggantikan anda sedangkan anda masih menyandang jawatan tersebut," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video