Thibaut Courtois menegaskan Chelsea tidak menghiraukan kemenangan Tottenham Hotspur yang memberangsangkan, namun mengakui The Blues akan tidur lebih lena andai pencabar terdekat mereka itu kehilangan mata dalam perlumbaan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).
Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu terpisah empat mata di belakang pendahulu EPL itu selepas mencatat rentetan sembilan kemenangan dan kejayaan terbaru menumpaskan seteru utara London, Arsenal, di White Hart Lane, kelmarin.
Bagaimanapun, Chelsea memberi bertindak balas selepas mengalami kekalahan 2-0 kepada Manchester United bulan lalu dengan kemenangan ke atas Southampton dan Everton.
Mereka bakal mengharungi jadual aksi lebih mudah apabila bakal berdepan Middlesbrough, West Brom, Watford dan Sunderland, sekaligus menjadikan skuad bimbingan Antonio Conte itu sebagai pilihan untuk memenangi kejuaraan.
Penjaga gol The Blues, Courtois, menegaskan pasukannya hanya mengambil pusing dengan persembahan mereka sendiri.
"Kami tidak pernah melihat Tottenham. Sudah tentu kami mahu mereka kehilangan mata tetapi perkara paling penting adalah untuk melihat diri kami sendiri," katanya kepada laman web rasmi kelab itu.
"Dalam pertemuan dengan Southampton di laman sendiri dan Everton di tempat lawan, Tottenham mungkin fikir kami akan keciciran mata, maka kemenangan kedua-dua perlawanan itu adalah sangat penting.
"Ketika ini, kami hanya perlu menang perlawanan di tempat sendiri, ia akan menjadi sangat penting."
Chelsea mengatasi ujian getir Everton dengan merakamkan kemenangan 3-0 di Goodison Park, hujung minggu lalu, dan Courtois berasakan keputusan itu membawa erti besar.
"Ia sangat penting," katanya.
"Everton memenangi lapan aksi terakhir di tempat sendiri, mereka sedang mengharungi prestasi yang baik dengan merakamkan banyak jaringan.
"Untuk mengalahkan mereka tanpa dibolosi dengan menghasilkan permainan hebat, kemenangan adalah sesuatu yang bagus.
"Pada separuh masa pertama, kami mengalami sedikit kesukaran kerana (Idrissa) Gueye mengawal Eden (Hazard) di mana-mana sahaja supaya dia tidak diberi ruang.
"Pada separuh kedua, Pedro menjaringkan gol yang hebat dan bermula dari situlah, kami mampu mengawal permainan dengan lebih baik. Kami menjaringkan gol kedua yang menarik walaupun mungkin ia agak bernasib baik dan gol ketiga yang hebat, jadi ia sesuatu yang bagus.
"Baki perlawanan tidak banyak lagi, jadi jelas ia satu kemenangan yang bagus."