BOLA SEPAK MSIA
Biografi Rajagobal tiup semangat generasi muda
'Inilah saya'. Selepas 12 tahun meninggalkan skuad kebangsaan, bekas ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal, tampil dengan naskah yang cukup beharga untuk dijadikan sebagai rujukan pencinta bola sepak negara selepas ini.
Biografi Rajagobal bakal menembusi pasaran menerusi pelancaran 'Inilah saya' dalam Pesta Buku Antarabangsa di PWTC pada 31 Mei depan yang akan menceritakan jatuh bangunnya seorang insan yang berjaya membawa skuad negara ke dimensi berbeza dalam pencapaian peringkat Asia Tenggara.
"Ada cerita-cerita menarik macam mana perjalanan saya dari bawah sampai puncak.
Iklan
"Hayatilah buku ini jadikannya bacaan demi semangat Malaysia," katanya.
Rajagobal mengakui proses untuk menerbitkan buku ini mengambil masa agak lama, namun hasil yang diterjemahkan mampu memberi kepuasaan kepada pembaca, lebih-lebih lagi buat generasi muda.
"Mungkin sudah lama ramai yang tertunggu, mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang Rajagobal sedang buat.
"Saya harap generasi agar jangan berputus asa, walupun dalam perjalanan ini kita mungkin menempuh bermacam-macam masalah.
"Saya harap buku ini boleh meniupkan semangat agar kita terus berjuang," katanya.
Must-Watch Video