Moise Kean menjaringkan gol pertama untuk Juventus pada minit ke-94 bagi menewaskan Bologna 2-1 awal pagi tadi dan menjadi pemain pertama yang dilahirkan pada abad ke-21 menjaringkan gol dalam mana-mana lima liga utama Eropah.
Juve kelihatan hampir diikat dalam perlawanan terakhir Serie A musim ini tetapi Kean menanduk masuk hantaran Angelo Da Costa dalam masa kecederaan untuk meraih kemenangan 2-1.
Selain membuka koleksi gol untuk skuad Bianconeri, pemain berusia 17 tahun itu mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama yang lahir pada tahun 2000 menjaringkan gol dalam Serie A, LaLiga, Ligue 1, Bundesliga atau Liga Perdana Inggeris.
Kean, yang meraikan dengan penyokong Juve selepas bola tandukannya menuju ke jaring, hanya membuat penampilan liga ketiga bersama skuad itu.