Mikel Arteta mendedahkan Arsenal sangat aktif dalam mengenal pasti pemain berpotensi untuk dipikat bulan depan dalam usaha mereka untuk terus mengungguli puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).
The Gunners berada lima mata di depan Manchester City yang menguasai tangga kedua selepas memenangi 12 daripada 14 perlawanan mereka sebelum musim terhenti untuk memberi laluan kepada Piala Dunia 2022.
Arsenal mungkin perlu memperkuatkan bahagian serangan berikutan Gabriel Jesus perlu menjalani pembedahan lutut susulan kecederaan yang dialaminya ketika mewakili Brazil di Qatar.
Arteta mendedahkan kelab itu sedang meneroka pilihan mereka, termasuk pemain yang menarik perhatiannya ketika Piala Dunia.
“Kami sedang memantau dan kami sangat aktif melihat keberangkaliannya,” katanya selepas pasukannya mengatasi Milan menerusi sepakan penalti dalam perlawanan persahabatan di Dubai, malam tadi.
“Jika kami dapat mencari pemain yang mampu memperkuatkan pasukan, kami akan cuba.
"Sudah pastinya terdapat beberapa (bintang Piala Dunia). Apa yang dilakukan oleh beberapa pasukan kebangsaan adalah sangat menarik dan ia menunjukkan membuktikan (kualiti) permainan ini dan bagaimana permainan ini berkembang.
"Saya akan simpan sendiri sebarang nama yang kami minati."

Tuning up ? pic.twitter.com/tLQPJVKC2R
— Arsenal (@Arsenal) December 12, 2022