Skip to main content

Bola Sepak

Bintang Negeri Sembilan dari Jepun, Sasaki idam bermain dalam ACLE

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

takumisasaki.jpg
Pemain import paling menyerlah Negeri Sembilan, Takumi Sasaki, meluahkan hasrat untuk berhijrah ke kelab lain yang lebih kompetitif selepas musim 2025/26 tahun depan.

Bekas bintang muda Jepun itu memperbaharui kontrak semusimnya bersama The Jangs selepas menonjolkan prestasi memukau di bawah kendalian K. Nanthakumar meskipun keseluruhan skuad bergelut untuk mendapatkan kemenangan musim ini.

Ekoran persembahan yang dipamerkan, rata-rata peminat Sang Rusa menyambut baik inisiatif pengurusan Negeri Sembilan yang menyambung perkhidmatan tonggak berusia 26 tahun itu. 




Namun, jauh di sudut hatinya, dia menyimpan impian untuk beraksi dalam pentas tertinggi Asia, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), seperti Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Bermain dalam kejohanan ACLE adalah impian saya, namun perkara tersebut hanya akan difikirkan selepas musim depan.

“Fokus saya buat masa ini adalah bermain untuk Negeri Sembilan dan membantu pasukan NSFC menjadi lebih kuat,” katanya kepada media tempatan.

Pendedahan Sasaki ini memberi petanda bahawa ada kemungkinan kelab yang akan beraksi dalam ACLE pada musim hadapan sedang berusaha memancing pemain dari Jepun ini untuk menguatkan pasukan mereka.

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video