BENFICA 4 EINTRACHT FRANKFURT 2
Pemain yang dilaporkan menjadi buruan Manchester United dan Real Madrid, Joao Felix, muncul pemain termuda untuk menyumbat hatrik dalam sejarah Liga Europa selepas mempamerkan gerakan solo yang menakjubkan dalam pertembungan suku akhir pertama, awal pagi tadi.
Pemain remaja sensasi Benfica itu dapat membawa pulang bola perlawanan berkat hatriknya dalam kemenangan 4-2 ketika membenam 10 pemain Eintracht Frankfurt.
Ia adalah malam gemilang buat bintang berusia 19 tahun itu selepas dia memenangi penalti pada minit ke-21 untuk membuka jaringan di Lisbon.
Dikaitkan dengan gergasi Liga Perdana, United, dan kelab LaLiga, Madrid, Felix kemudian kembali meletakkan Benfica di depan dengan rembatan padu, tiga minit selepas Luka Jovic mencetak jaringan penyamaan pada minit ke-40.
Felix, yang baru diperkenalkan dalam skuad senior musim ini, melengkapkan hatriknya selepas sembilan minit memasuki babak kedua dengan memperdayakan Kevin Trapp -- mengatasi rekod legenda Portugal, Eusebio, untuk muncul sebagai pemain Benfica dan pemain Portugis termuda yang menjaringkan tiga gol dalam kempen Eropah.
Pemain muda Portugal itu telah menghimpunkan 10 gol dalam 20 penampilan Liga Primer dan hatriknya itu melebarkan jumlah golnya kepada 15 dalam semua pertandingan.