AS Monaco melengkapkan perjanjian dengan Youri Tielemans dari Anderlecht dengan laporan membabitkan perpindahan bernilai EUR23 juta (RM110.3j).
Pemain tengah berusia 20 tahun itu dianggap salah seorang bintang dalam ciptaan dan tidak hairanlah dia sempat dikaitkan dengan Manchester United, Inter and Atletico Madrid beberapa minggu ini tetapi Monaco berjaya meyakinkannya.
Ketua Pengarah Anderlecht, Herman Van Holsbeeck, sudahpun mengumumkan pada minggu ini bahawa pemain Belgium itu sedang menuju ke juara Ligue 1 itu dengan memeterai kontrak sehingga 2022.
"Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini musim depan," kata Tielemans mengenai perpindahannya.
"Monaco merupakan sebuah kelab yang mempunyai projek besar dan memiliki reputasi membentuk pemain-pemain muda.
"Saya sudah bercakap dengan Yannick Carrasco secara panjang lebar mengenai Monaco kerana kami beraksi bersama-sama dalam pasukan kebangsaan.
"Saya sangat gembira berada di sini. Saya akan memberikan aksi terbaik untuk membalas budi Monaco di atas kepercayaan yang ditunjukkan terhadap saya."
Tielemans mengasah bakatnya bersama akademi remaja Anderlecht dan membuat kemunculan pertama di peringkat senior pada usia 16 tahun.
Dia menjadi nadi di kelab gergasi Brussels itu dengan membuat penampilan sebanyak 150 kali.
Dia meledak 13 gol dalam 37 aksi liga pada musim ini untuk membantu Anderlecht merangkul kejayaan liga.