Skip to main content

Bola Sepak

Bintang Indonesia pemain kedua ASEAN selepas Faiz Subri tercalon dalam Puskas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rr.jpg
Rizky Ridho Ramadhani individu pertama dari Indonesia tercalon dalam satu anugerah yang pernah dimenangi Cristiano Ronaldo!

Lebih manis, Ridho merupakan pemain kedua selepas bekas tonggak Penang, Faiz Subri, selaku wakil Asia Tenggara (ASEAN) menuju anugerah berprestij itu.

Pertahanan berusia 23 tahun itu mengungguli senarai akhir 11 pemain dalam Anugerah Puskas 2025 selepas jaringan jarak jauhnya ketika beraksi buat Persija Jakarta pada 9 Mac lalu turut menjadi tumpuan bola sepak dunia. 

 

Ia, sekali gus menyaksikan bintang Indonesia itu berjaya mencipta peluang dengan larian deras melepasi perangkap pemain lawan untuk menjaringkan gol bertaraf antarabangsa.

Tahukah anda? Pemain Arsenal iaitu Declan Rice dan pemenang Euro 2024, Lamine Yamal, juga tersenarai. 

Fenomena itu mengingatkan kita seperti kemenangan Faiz Subri dengan sepakan percuma yang unik itu mengangkat martabat bola sepak Malaysia pada 2015. 
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video