Menerusi laporan tersebut, rakaman suara Erik Ten Hag dalam separuh masa pertama telah direkod secara rahsia sekaligus mencetuskan kontroversi kepada aksi yang berakhir 0-0 menentang Aston Villa.
"Ini adalah isu keselamatan yang mengejutkan dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mencari tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku dan kita bernasib baik kerana tiada kecederaan yang berlaku dalam insiden ini," tegas Erik Ten Hag.
?@ManUtd's away dressing room was bugged during the match against Villa. A prankster managed to trick stadium's staff and install a hidden device to record conversations.
— EPLNews (@EPLNews_org) October 14, 2024
?He apparently wanted to publish an exclusive recording of ten Hag's sacking, but he is still at the team. pic.twitter.com/K6cwGTnB91
Tambahnya lagi, insiden ini berkemungkinan dirancang oleh peminat kelab The Red Devils yang melakukan secara bersahaja dan ingin mengambil tahu apa yang diperkatakan dalam bilik tersebut untuk kepentingan diri sendiri.
"Tetapi ia pasti akan menimbulkan kebimbangan tentang bagaimana mereka berjaya masuk ke dalam bilik persalinan di salah satu kelab terbesar Liga Perdana Inggeris," katanya.
Menurut sumber yang dipetik daripada The Sun, individu tersebut menjalankan kegiatan tersebut dua hari sebelum berlangsungnya aksi Manchester United menentang Aston Villa pada 6 Oktober lalu.