Selepas Harimau Malaya mengalami dua kekalahan pada dua perlawanan pertama kempen Piala Asia, pasukan negara tampak menerima pelbagai kritikan dan komen di rata-rata platform media sosial.
Perkara itu turut disedari pejuang-pejuang negara di Qatar namun nyata tidak melunturkan semangat mereka apabila berjaya membuat kejutan dalam perlawanan dramatik yang berkesudahan tiga sama menentang Korea Selatan.
"Saya tahu ramai yang mengkritik pasukan kami, tapi itu tak penting.
"Bola sepak Malaysia sedang meningkat, tapi tak dapat hasil dalam masa yang singkat, ia perlukan masa yang lama", itu luahan hati Arif Aiman.
Terdahulu, Pan Gon juga turut meluahkan rasa kecewa dengan persoalan yang diajukan kepadanya dalam sidang media pasca perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan.
Sesuai dengan ungkapan 'jangan hanya menyokong ketika menang', pemain-pemain negara amatlah memerlukan sokongan dan dorongan yang sewajarnya daripada semua rakyat Malaysia demi kemajuan sukan negara.
Janganlah mengkritik sehingga melemahkan semangat atlit negara, kerana sudah semestinya tidak ada atlit yang berjuang tanpa niat untuk berjaya dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Bak kata Syifa Nasir, kritik biar membina, jangan menghina.

"Ya, saya tahu ramai yang mengkritik pasukan kami...", Arif Aiman. ?@ASTROARENA pic.twitter.com/tjSl0vwW2w
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 26, 2024
Terdahulu, Pan Gon juga turut meluahkan rasa kecewa dengan persoalan yang diajukan kepadanya dalam sidang media pasca perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan.
"You cannot do this, yesterday you want me out, today you praise me"
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 25, 2024
Kim Pan-Gon jelas tampak kecewa dengan persoalan yang diajukan selepas Malaysia mengikat Korea Selatan seri 3-3 dalam aksi terakhir saingan Piala Asia 2023! #AsianCup2023 pic.twitter.com/arOOgZai19
Sesuai dengan ungkapan 'jangan hanya menyokong ketika menang', pemain-pemain negara amatlah memerlukan sokongan dan dorongan yang sewajarnya daripada semua rakyat Malaysia demi kemajuan sukan negara.
Janganlah mengkritik sehingga melemahkan semangat atlit negara, kerana sudah semestinya tidak ada atlit yang berjuang tanpa niat untuk berjaya dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Bak kata Syifa Nasir, kritik biar membina, jangan menghina.
Kritik biar membina, jangan menghina!
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 23, 2024
Rencana oleh @syfansr https://t.co/YhBAuOXpO6