Ejen kepada Lucas Biglia mendedahkan pemain tengah itu akan menyempurnakan perpindahannya dari Lazio ke AC Milan, hari ini.
Pemain Argentina itu kerap dikaitkan ke San Siro dan laporan semalam mengatakan persetujuan di antara kedua-dua kelab telah dicapai.
Enzo Montepaone kemudian mengesahkan pemain berusia 31 tahun itu berada di Milan pada hari ini untuk memuktamadkan perjanjian itu dengan melibatkan yuran sebanyak EUR17 juta (RM83 juta).
"Biglia sangat gembira dengan perpindahan ini," katanya kepada MilanNews.it.
"Dia akan tiba di Milan dan sudah tidak sabar lagi."
Biglia akan menjadi pemain kesembilan diborong Milan selepas kehadiran Andre Silva, Andrea Conti, Hakan Calhanoglu, Ricardo Rodriguez, Mateo Musacchio, Franck Kessie, Antonio Donnarumma dan Fabio Borini ke San Siro.
Begitupun, masa depan penyerang, Suso, dalam keraguan susulan diketepikan daripada skuad itu untuk menghadapi Piala Juara-Juara Antarabangsa di China.
Pemain berusia 23 tahun itu dikaitkan ke Tottenham Hotspur dengan harga EUR22 juta (RM107 juta) biarpun pada bulan ini dia menegaskan tidak merancang untuk berpindah.
Alessio Romagnoli, Manuel Locatelli, Davide Calabria dan Gianluca Lapadula turut tidak tersenarai dalam skuad 26 pemain itu.