Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Betis sahkan Barcelona gagal pancing Loren

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

loren.jpg
Hasrat Barcelona untuk memancing Loren Moron ditolak tatkala mereka cuba meringankan krisis kecederaan di bahagian serangan, menurut pengurus Real Betis, Rubi.

Barca menerima tamparan hebat minggu ini apabila mengesahkan Ousmane Dembele dijangka akan tersisih selama enam bulan selepas menjalani pembedahan hamstring.

Berikutan Luis Suarez juga diketepikan, kelab Catalunya itu dilaporkan berusaha mencari penggantinya, sama ada ejen bebas atau sedang beraksi di Sepanyol.

Willian Jose, Angel Rodriguez, Lucas Perez dan Loren dikatakan menjadi sasaran utama mereka tetapi jelas peruntukan yang dilaporkan sekitar €12 juta (RM53.8j) membatasi usaha mereka itu. 

Justeru, Rubi mengakui Barca cuba mendapatkan khidmat Loren tetapi tidak berhasil kerana Betis belum bersedia untuk melepaskan penggempur berkenaan.

"Loren akan menamatkan musim ini bersama Betis," katanya mengenai anak buahnya itu yang telah menjaringkan lapan gol LaLiga dalam 22 penampilan musim ini.

"Mereka sempat membuat tawaran tetapi 99 peratus usaha itu tidak diteruskan. Kami tidak mahu dia pergi dan dalam masa yang sama mereka memantau ramai pemain lagi.

"Loren berlatih seperti biasa. Perkara seperti ini sering berlaku dalam bola sepak.

"Kami tidak dapat menandatangani pemain lain kecuali klausa pembebasannya ditebus. Loren bernilai €50j (RM224.2j), sebab itulah 99 peratus rundingan itu tidak diteruskan.

"Menerusi maklumat yang saya ada, dia akan kekal di sini dan itulah yang kami harapkan."

Pemain berusia 26 itu diberikan kemunculan pertama dalam liga untuk Betis oleh pengurus Barca ketika ini, Quique Setien, pada Februari 2018.

Advertisement

Must Watch Video