Skip to main content

Bola Sepak

Bertuah Barcelona masih miliki Messi -- Koeman

messi.jpg
Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman, berkata gergasi LaLiga itu bertuah kerana Lionel Messi masih kekal di Nou Camp selepas bintang itu menyamai rekod penampilan terbanyak Xavi bersama kelab.

Messi beraksi buat kali ke-767 -- dalam semua pertandingan untuk menyamai bilangan penampilan Xavi -- dengna dua jaringan dan satu assist ketika Barca menang 4-1 ke atas Huesca.

Pemenang Ballon d'Or enam kali, Messi, membuat sejarah dengan jaringan pembukannya -- menjadi pemain pertama dalam sejarah meledak 20 gol dalam 13 musim berturut-turut.

Messi telah meledak 21 gol dalam saingan LaLiga musim ini, 14 daripadanya terhasil sejak 1 Januari, dan Koeman memuji pemain berusia 33 tahun itu, yang telah dikaitkan bakal berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) atau Manchester City secara percuma hujung musim ini.
 

"Saya berasakan  Messi telah menunjukkan bahawa dia yang terbaik," kata Koeman.

"Gol pertama hebat. Dia layak menjadi watak penting untuk pasukan ini.

"Tidak ada lagi yang dapat dikatakan [tentang dia]. Dia beraksi di tahap tinggi selama bertahun-tahun. Dia adalah orang yang paling penting dalam sejarah kelab.

"Nasib baik dia masih bersama kami."

Tidak ada pemain lain yang menjaringkan lebih banyak gol daripada luar kotak selain Messi dalam lima liga teratas Eropah (tujuh) musim ini.

"Ia amat penting [meledak gol daripada luar kotak]," kata Koeman. "Bagi pasukan yang bertahan dengan ramai pemain, penting untuk menjaringkan gol dengan gerakan itu."
   

Advertisement

Must Watch Video