Skip to main content

Bola Sepak

Bernhardt teruja dengan jumlah penyokong di Bukit Jalil

bernhardt.jpg
Pemain import Kedah, Edgar Bernhardt, mengakui bermain di hadapan kira-kira 85,000 penonton di Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk aksi final Piala FA 2019 menentang Perak esok akan menjadi pengalaman baru buat dirinya.

Ketua pasukan kebangsaan Kyrgyzstan itu, yang pernah beraksi dalam beberapa liga Eropah seperti di Jerman, Poland dan Finland, teruja dengan jumlah penyokong yang akan hadir di stadium berkenaan sambil berharap mampu memberikan yang terbaik buat Kedah menjulang Piala FA musim ini.

“Dulu ketika beraksi di beberapa liga di Eropah, pernah ada beberapa perlawanan saya beraksi di hadapan penyokong yang begitu hampir dengan jumlah 80,000 orang, namun ini kali pertama dalam karier, saya akan beraksi di hadapan 85,000 penonton. 

“Sudah tentu saya mahu hadiahkan kejuaraan kepada Kedah, cuma saya tidak mahu terlalu fikirkan mengenai aksi final, malah saya tidak letak sebarang sasaran peribadi sama ada mahu jaringkan gol atau berikan bantuan gol,” katanya.

Pemain berusia 33 tahun itu sebelum ini bermain untuk pasukan negaranya di pentas Piala Asia 2019 sehingga mara ke pusingan 16  sebelum tewas kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video