UiTM menamatkan aksi terakhir Liga Super sebelum penangguhan Liga-M kerana penularan wabak Covid-19 dengan kemenangan 3-1 ke atas PDRM di laman sendiri semalam.
Dalam dua perlawanan sebelumnya, pasukan institut pengajian tinggi itu memaksa Melaka (0-2) dan Johor Darul Ta'zim (1-2) bekerja keras sebelum meraih kemenangan tipis ke atas mereka.
Mereka kemudian mengikat Kedah 1-1, Rabu lalu sebelum mencatatkan kemenangan pertama ke atas PDRM.
Walaupun pasukannya semakin mempamerkan peningkatan, ketua jurulatih, Frank Bernhardt, menyuarakan kebimbangannya mengenai baki perjalanan musim ini.
Baginya, momentum pasukannya mungkin terencat memandangkan liga akan ditunda, namun percaya keselamatan dan kesihatan semua pihak lebih penting dalam menangani wabak berkenaan.
"Masalahnya ialah kami tidak mengetahui bila liga akan bersambung untuk kami melakukan persediaan.
"Setakat ini, kami tidak tahu apa-apa dan pemain tidak dapat berlatih.
"Kami tidak tahu berapa lama ia akan berterusan.
"Ia tidak baik tetapi kesihatan setiap manusia lebih penting berbanding perkara lain," katanya.